Pelakon Datin Intan Najuwa memberi pesanan kepada semua pihak untuk bertanggungjawab dan menjaga haiwan peliharaan mereka dengan sebaiknya.
Artikel Berkaitan: ‘Wanita Tak Perlu Duit Lelaki, Tak Payah Berlagak Macam Kami Ni Kejar Duit Korang..Kami Tak Berminat’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa ‘Throwback’ Momen Majlis Merisik & Bertunang, Netizen Puji – ‘Bagus Dia Masak Sendiri, Baju Pun Simple Je’
Jangan la dera
Menerusi posting di Instagram Story, Intan berkata, sekiranya seseorang itu sudah tidak mampu lagi menggalas komitmen menjaga haiwan peliharaan, mereka seharusnya menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab dan bukannya mendera.
Tolonglah, kepada sesiapa yang bela kucing, anjing atau apa-apa binatang sekali pun, jangan la dera. Kalau tak nak, cari orang lain yang boleh jaga. Sedih la begini. Binatang ni semua tak ada buat salah apa pun.
Jagalah dia orang baik-baik. Tolong jaga mereka dengan kasih sayang. Awak sayang mereka, mereka sayang awak 10 kali ganda.
Intan memberi pesanan tersebut selepas viral berita mengenai seekor anjing husky yang telah diselamatkan oleh orang awam selepas didakwa telah dianaiya oleh tuanya.
Ujar Intan, sebagai pencinta haiwan dia berasa terkesan dengan berita tersebut lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kucing dan kuda peliharaannya.
Saya ada kucing dekat rumah dan ada kuda. Sayang sangat. Punya la jaga macam anak. Nak jentik pun tak sampai hati. Apatah lagi sakitkan dan dera mereka. Baru baca berita ini.
Terima kasih kepada mereka yang membantu haiwan comel ini. Semoga tuhan merahmati kamu semua dan lindungilah anjing husky ini walau apa cara sekali pun.
Sebelum ini, tular rakaman mengenai seorang lelaki didakwa menganaiya haiwan peliharaannya di sebuah kondominium di Kajang, Selangor .
Sumber: Intan Najuwa