Meskipun dilanda kontroversi hebat, namun pelakon Ruhainies dilihat masih tabah dalam meneruskan kehidupannya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Tak Fikir & Now Nak Fokus On Being Happy’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: Michael Ang Tak Boikot, Sedia Kerjasama Dengan Ruhainies – ‘Cuma Belum Ada Naskhah Yang Sesuai Dengan Bakat Dia’
Tips sabar & tenang
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menjawab pertanyaan daripada pengikutnya tentang bagaimana dia cekal dalam mengharungi ujian.
Menurut Ruhainies dia bersyukur kerana dilimpahkan dengan kehidupan yang baik dan redha dengan ujian yang menimpa.
Allah kurniakan saya dengan rezeki yang banyak, pekerjaan, penggambaran sana sini, disayangi ramai keluarga dan rakan-rakan, kesihatan dan sebagainya sepanjang 31 tahun ini.
Allah baru uji ujian besar baru sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan redha dan bersyukur juga. Dia uji sebab Dia sayang.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Terjerat ini turut berkongsi ayat daripada Surah Al-Inshirah.
Justeru itu, Ruhainies yakin badai yang dilaluinya akan berakhir dan percaya dengan aturan Allah SWT.
Saya percaya tiada yang sia-sia dan saya yakin pasti ada rezeki besar yang Allah dah aturkan untuk saya. Insya-Allah.
No storms last forever.
Terdahulu, Aliff dan Ruhainies yang hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.
Hakim kemudiannya menangguhkan perbicaraan pada 17 Oktober depan.
Aliff dan Ruhainies didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum itu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Jun lalu.
Walaupun tujuan kedatangan mereka tidak diketahui namun keberadaan mereka ke mahkamah berkemungkinan berikutan kes khalwat. Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Sumber: IG Ruhainies