Dikenali dengan gaya fesyen dan penampilan yang versatil, pelakon dan pengacara Awal Ashaari mendedahkan tidak suka melihat harga sesuatu barang yang ingin dibelinya.
Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Pesan Jangan Sebar Kebencian – ‘Apa Pekerjaan Kita Buat, Itu Rezeki Allah’
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Selar Tindakan Wardina Muat Naik Nama Selebriti Perlu Diboikot – ‘Dia Sendiri Pernah Jadi Duta’
‘Saya beli tak suka tengok harga’
@dj_nazz PASANG BADAN x @Awal Ashaari #begitubeginidjnazz #begitubegini #djnazz #pasangbadan #awalashaari ? original sound – DJ Nazz
Berdasarkan video yang dikongsikan menerusi segmen ‘Pasang Badan’ memaparkan DJ Nazz menemu ramah selebriti dan artis tempatan dengan bertanya tentang fesyen yang digayakan mereka termasuk pakaian, aksesori dan sebagainya.
Menerusi video tersebut, Awal Ashaari dilihat menjadi salah seorang tetamu ‘Pasang Badan’ dan ketika disoal tentang penampilannya, aktor itu memberitahu akan menggayakan sesuatu pakaian mengikut acara atau majlis yang dihadiri.
Kalau saya pergi mesyuarat dan nampak ilmiah sikit, saya pakailah cermin mata yang tak ada power ni. Mata saya tak rabun pun tapi bila pakai cermin mata tu nampak pandai sebenarnya.
Ni pun sebenarnya dapat percuma dari Gentle Monster tapi saya rasa harga dia dalam RM1000 lebih juga.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila suami kepada pelakon Scha Al-Yahya ini memberitahu anggaran harga pakaiannya termasuk aksesori yang mencecah ribuan hingga belasan ribu Ringgit Malaysia.
Harga baju dalam beberapa ratus kot. Seluar mungkin dalam lingkungan RM1,000 lebih dan kasut RM5,000 ke RM6,000. Jam saya murah je. Cincin pula dalam belas-belas (ribu) kot. Beg ni saya tak pasti berapa harga.
Tambah Awal lagi, dia juga kurang gemar untuk melihat harga sesuatu barangan yang ingin dibelinya. Dalam pada itu, Awal mendedahkan bahawa penampilannya kadang kala diinspirasikan daripada fesyen negara luar seperti Itali, Jepun dan sebagainya.
Sebab kadang-kadang kita beli tak tahu harga. Saya beli tak suka tengok harga, tak nak tengok nanti saya stres. Kalau nak sesuatu tu, saya akan simpan duit untuk beli benda tu. Lepas beli tu saya tak nak fikir dah.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya menyifatkan Awal seorang selebriti yang sangat menjaga penampilan dan fesyen yang digayakan aktor ini nampak kemas dan versatil.
Sumber: TikTok DJ Nazz