Program ‘Jasmine Project Love’ yang telah ditayangkan di 8TV menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan penonton.
Sumbangan berjumlah RM200k
Lebih membanggakan apabila hasil kutipan sumbangan orang ramai melalui Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP yang berjumlah RM200,000 telah disalurkan kepada penerima yang layak.
Susulan daripada kejayaan ‘Jasmine Project Love’, 8TV akan meneruskan misi amal tersebut dengan memulakan penggambaran musim kedua menjelang akhir tahun.
8TV dan Jasmine Food telah menganjurkan “Jasmine Project Love Appreciation Luncheon” pada Selasa untuk menghargai penerima manfaat program “Jasmine Project Love” bersama hos, Desmond Tey, Jan Chin, Ong Ching Yee, Soh Chin Chuan dan Charlotte Seow.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, peserta program, pertubuhan kebajikan, rakan kongsi dan wakil media.
Menurut Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, program ‘Jasmine Project Love’ secara tidak langsung telah menyediakan platform kepada orang ramai untuk membuat sumbangan.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan kepada Jasmine Project Love. Kami akan kekal komited untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat kami dengan memberi kembali kepada masyarakat dan menggalakkan lebih ramai orang membantu demi masa depan yang lebih baik.
Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food iaitu Dennis Foo berkata, pihaknya akan sentiasa komited untuk membantu masyarakat.
Sebagai satu jenama yang mempunyai sejarah melebihi 60 tahun, Jasmine sentiasa komited untuk memberi kembali kepada masyarakat. Kami berasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Media Prima untuk mencipta program kebajikan ‘Jasmine Project Love’.
Dengan penglibatan dan sumbangan daripada masyarakat, kami yakin boleh mencapai kejayaan yang lebih baik. ‘??????’ yang bermakna lebih berbahagia memberi daripada menerima adalah mesej yang kami harap dapat disampaikan melalui program ini.
Pada masa yang akan datang, kami juga berharap agar lebih banyak cerita masyarakat dapat dilihat, disampaikan dan dihulur bantuan pada masa yang diperlukan.
Sekadar info, “Jasmine Project Love” yang menampilakn 24 episod memaparkan pelbagai kisah masyarakat yang diuji dengan cabaran hidup serta bermatlamat untuk menghulurkan bantuan serta mendengar keluhan mereka.