Hadiah ulang tahun kelahiran yang diterima pempengaruh terkenal Indonesia iaitu Aurelie Hermansyah daripada suaminya, Atta Halilintar telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Pilih Angka Tarikh Lahir Anak Sulung, Korban 22 Ekor Lembu & Kambing Sempena Aidiladha
Artikel Berkaitan: Atta Halilintar Akui Mencabar Jadi ‘Daddy Muda’, Gembira Lihat Ameena & Azura Disayangi Ramai
Hadiah birthday
Aurelie yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 dilihat menerima hadiah berbentuk beg tangan, kek dan jambangan bunga yang kesemuanya bersaiz gergasi.
Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah kesemua hadiah berkenaan dihasilkan menggunakan wang rupiah.
Menerusi pemerhatian, kek duit tersebut dianggarkan setinggi lapan tingkat dan melebihi ketinggian Aurelie serta Atta.
Sementara itu, Atta berharap isterinya gembira dengan pemberian hadiah tersebut selain menitipakan ucapan istimewa.
Happy birthday isteriku, semoga senang (gembira) dengan beg tangan, bunga dan keknya.
Bahagia terus, jangan fikirkan cakap orang. Aku di sini bersamamu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap Atta yang sentiasa membahagiakan isterinya.
Sumber: Instagram