Penyanyi, Rayme Zainal mengakui dua tahun lalu, dia tidak dapat mengawal pandangan orang ramai setiap kali disamakan dengan artis versatil kelahiran Singapura iaitu Roslan Shah.
Artikel Berkaitan: Rayme Zainal Gembira Nama & Karya Seni Semakin Dikenali Ramai
Ia kebetulan dan rezeki seiras
Menurut Rayme, dia tidak pernah mempunyai niat untuk menumpang populariti Roslan, apabila orang selalu cakap mereka memiliki wajah yang seiras.
Pada mulanya saya berasajanggal apabila sering dianggap sebagai Roslan Shah ketika berada di tempat umum. Pernah suatu ketika, ada peminat Roslan Shah menegur saya di pusat membeli belah dan ingin merakam foto bersama walaupun saya sudah memperjelaskan bahawa saya bukan beliau.
Namun, bagi tidak menghampakan peminat Roslan, saya hanya turutkan. Mulai dari saat itu, usikan kawan-kawan saya tak pernah lekang memanggil saya sebagai Roslan Shah atau Cik Lan sehingga ke hari ini.
Walaupun wajah saya dikatakan mempunyai iras dengan Roslan Shah, saya anggap ia sebagai satu kebetulan dan rezeki seiras selebriti.
Tambah Rayme, dia pernah berjumpa dengan Roslan di sebuah majlis.
Saya pernah berjumpa dengan Cik Lan di mana saya hadir memenuhi jemputan sebagai penyanyi di sebuah majlis yang beliau bertugas sebagai pengacara.
Beliau sangat ramah dan sempat memberi kata-kata nasihat dan semangat. Karakter kami berbeza dan Insha-Allah orang akan lebih mengenali saya sebagai Rayme Zainal melalui lagu-lagu ciptaa saya.
Berbicara mengenai muzik, OhBulan! sempat bertanya kepada Rayme mengapa meminati genre Pop dan RnB.
Ujar Rayme, genre seperti itu mudah melekat dengan jiwanya. Ini kerana, dia dibesarkan dengan lagu-lagu nyanyian ‘timeless artist’ seperti Stevie Wonder dan Whitney Houston.
Saya sangat meminati genre ini malah bersesuaian dengan penyampaian dan vokal saya. Saya juga mengidolakan Dato’ Siti Nurhaliza kerana keperibadian dan di atas pencapaian dan juga kejayaan beliau di dalam bidang nyanyian tanah air.
Dari segi penulisan lagu, saya sangat mengidolakan penyanyi antarabangsa Taylor Swift yang memang merupakan satu fenomena dalam muzik antarabangsa. Setiap lagu beliau ditulis berdasarkan kisah benar yang dilalui menjadikan lebih “relatable” kepada umum.
Rancang keluar album sulung
Disoal mengenai perancangan kerjaya untuk tahun ini dan masa akan datang, Rayme memberitahu dia mahu mengeluarkan album sulung yang mengandungi semua lagu ciptaannya.
Saya dalam perancangan untuk mengeluarkan album sulungyang mengandungi lagu-lagi ciptaan saya sendiri di dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris dalam masa terdekat.
Walaupun saya tiada formal education dalam bidangmuzik atau penciptaan lagu berbanding penyanyi-penyanyi lain, album yang akan memuatkandalam 10 lagu itu menjadi pertaruhan berani saya sebagai penyanyi baru tapi juga sebagai seorang pelabur kerana mengeluarkan kos sendiri kerana minat yang mendalam.
Album ini adalah satu kejayaan peribadi buat saya sebagai seorang penyanyi. Bagi saya seorang penyanyi perlu ada lagu-lagu sendiri berbanding popular dengan lagu-lagu cover atau saduran. Apapun, itu adalah pendapat peribadi saya dan buat hanya mencipta lagu dan menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan genre dan vokal saya.
Di akhir temu bual, Rayme berkata, dia baru sahaja selesai merakam beberapa buah lagu dan masih di dalam proses menulis dan membuat rakaman beberapa buah lagu yang lain.
Jika ada rezeki dan ada peluang, saya juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan penyanyi lain dan komposer lain. Insha Allah untuk projek seterusnya, saya telah dihubungi oleh pihak penganjur Konsert Destiny of Music iaitu B De Paris Beauty Project baru-baru ini, untuk turut serta dalam Jelajah Konsert Destiny of Music yang bakal di akukan tidak lama lagi.