Baru-baru ini tular penyanyi Shima yang popular dengan lagu Teringin dan Luka Dilukai membuat pengakuan dirinya kini tidak lagi bertudung.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Tengok Penampilan Terbaru Shima ‘Luka Dilukai’ – ‘Hari Itu Diorang Yang Suruh’
Artikel berkaitan: Shima ‘Luka Dilukai’ Kini Bertudung Litup, Jual Baju Seksi
Faktor kesihatan
Memetik laporan Harian Metro, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, berkata, tindakannya membuka tudung dilakukan atas faktor kesihatan.
Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, nanti sakit itu menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh.
Saya sensitif dengan panas dan sangat alergik. Sakit ini akan menyerang. Suami pun tahu perkara ini. Saya pun dah tiga tahun tak bertudung kerana masalah penyakit ini.
Sementara itu, Shima akui kecewa apabila perniagaannya tidak mendapat sambutan namun mendapat perhatian selepas tular isu buka tudung.
Bila kita buat benda baik, berniaga dari rumah, mereka (masyarakat) tak support. Bila saya nak cari duit nak buat bisnes kecil-kecil dari rumah seorang pun tak pedulikan.
Saya jual mee rebus dan mee jawa secara online pun tiada sambutan. Bila macam ini, mereka riuh satu kampung.
Mengulas tentang kekecewaan peminat dan kecaman yang diterima, Shima memberitahu ia tidak memberi kesan dalam hidupnya.
Saya tak ambil peduli pun dengan kecaman. Nak kecam, kecamlah. Saya bukan budak lagi. Saya tak makan dek kecaman, tak berkudis pun.
Sumber: Harian Metro