Vokalis kumpulan Madam iaitu Putera Muhammad memberitahu dia reda dengan keputusan berada di kedudukan tempat kelima dalam program realiti The Hardest Singing Show (THSS) pada malam Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show, Bawa Pulang RM150,000!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sakit Fizikal & Mental, Ada Artis Senior Dengki Dengan Aisha Retno? – ‘Saya Pernah Mengidolakan Mereka Sebelum Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Dari Segi Persembahan Memang Tak Sesuai Saya Dengan Dia’ – Stacy
Puas hati dengan persembahan
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Putera berkata, setiap peserta yang masuk ke peringkat akhir pasti mahukan kemenangan atau mempunyai matlamat yang tersendiri.
Saya hanya mengambil masa beberapa saat untuk menerima keputusan itu. Bila saya diumumkan sebagai pemenang nombor lima, saya ambil masa dalam dua saat untuk berfikir dan reda dengan keputusan yang diberi.
Bukanlah saya nak cakap tak bersetuju dengan keputusan juri kerana selepas membuat persembahan saya pun tak sempat nak lihat peserta lain, jadi saya tidak tahu bagaimana kehebatan persembahan mereka.
Disoal sama ada berpuas hati ataupun tidak dengan persembahan yang dilakukan, Putera secara ringkas menjawab dia sangat berpuas hati.
Terima kasih buat semua penyokong saya. Saya minta maaf sekiranya keputusan yang diterima dalam program THSS ini mengecewakan ramai peminat.
Daripada segi teknikal, suara dan reaksi penonton, Alhamdulillah semua komen yang diterima tidak ada yang negatif.
Saya hanya mengharapkan yang terbaik tetapi apabila keputusan seperti itu saya reda kerana semuanya bergantung kepada rezeki, kita tidak boleh nak buat apa.
Terima kasih kepada semua yang memasang harapan kepada saya untuk mendapat kedudukan yang tinggi tetapi saya ingin minta maaf sekiranya ada yang kecewa dengan keputusan yang saya perolehi.
Menurut juri tetap program tersebut iaitu Edry Abdul Halim, kesemua peserta mempunyai kelebihan dan kekurangan dari segi persembahan pentas.
Kalau tanya fasal Putera, dia sebenarnya ada banyak potensi tetapi persona untuk menjadi juara mungkin kami (juri) tidak nampak begitu jelas.
Melihat tema persembahan Putera, konsepnya sudah cantik tetapi memilih lagu yang sebegitu kami sudah pernah lihat sebelum ini.