Pelakon Datin Intan Najuwa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakannya selepas dia mengumumkan berita kehamilan.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Terlalu Awal Kongsi Berita Kehamilan, Intan Najuwa Beri Respon – ‘Saya Dah Masuk Second Trimester’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rahsia Kami Akhirnya Terbongkar!’ – Intan Najuwa Dedah Kini Berbadan Dua
Doakan wanita lain
Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, akui terharu dengan kata-kata murni dan doa yang dititipkan orang ramai termasuk peminat kepadanya.
Terima kasih untuk semua ucapan yang diberikan, kata-kata positif dan ayat-ayat cinta.
Pada hantaran sama, pelakon drama Jesnita ini turut mendoakan golongan wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Saya doakan kepada semua wanita yang sedang berusaha menunggu zuriat dan sedang berusaha mendapatkan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian.
Terdahulu, Intan berkongsi berita gembira apabila megumumkan sedang hamil cahaya mata pertama.
Imbas kembali, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 39, pada 18 Ogos tahun lalu.
Sumber: TikTok