Pelakon dan penyanyi Indonesia, Jennifer Coppen mengambil sedikit abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink dan disimpan di dalam loket rantai miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jennifer Coppen Nafi Suami Kemalangan Sebab Mabuk, Jelas Arwah Papa Dali Pernah Minta Mayat Dibakar – ‘Saya Masih Buat Tahlil Di Rumah’
Artikel Berkaitan: Suami Jennifer Coppen Meninggal Dunia Akibat Terbabas Motor, Polis Sahkan Cedera Parah Di Bahagian Tulang Rahang & Dada
Ambil abu jadikan loket rantai
Menurut Jennifeer, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Mamari memberitahu bahawa cara tersebut membolehkan dia sentiasa bersama suaminya meskipun maut telah memisahkan mereka.
Kamu sebahagian daripada aku Dali. Aku akan selama-lamanya memakai rantai ini dan membawa kamu ke masa sahaja aku pergi.
Jennifer berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story (IG Story) miliknya berserta foto rantai berkenaan.
Meskipun berat untuk menerima kenyataan suami tercinta telah meninggalkan dirinya dan Kamari buat selama-lamanya, namun Jennifer akui reda dengan takdir yang telah tertulis.
Terdahulu, media melaporkan Yitta Dali Wassink meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pada Khamis lalu.
Untuk info, Jennifer Coopen dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.