Pelakon Irma Hasmie tidak dapat menahan air mata apabila hilang tempat bergantung selepas ibu bapanya meninggal dunia.
Artikel berkaitan: Irma Hasmie Simpan Rapi Kisah Perceraian, Tenang Jalani Kehidupan Dengan Anak-Anak
Artikel berkaitan: Irma Hasmie Kongsi Doa – ‘Ya Allah, Hilangkanlah Tangisku Sehingga Aku Merasa Sabar & Ikhlas’
Hilang tempat bergantung
Menerusi hantaran di TikTok, Irma yang merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga akui sangat sedih dengan pemergian ibunya pada tahun lalu.
Memang waktu mak dah tak ada tu saya sangat ‘down’ sebab saya sorang anak perempuan dan saya sangat rapat dengan ibu saya.
Anak-anak pun sangat rapat dengan emak daripada kecil mereka manja sangat. Benda itu yang sangat sukar untuk saya seimbangkan balik.
Rindu tu memang sangat rindu tak pernah pudar dan rasa masih baru sebab ibu saya meninggal tahun lepas.
Menurutnya, dia hilang tempat mengadu dan insan yang boleh mendoakan untuk dirinya.
Saya sedih sebab ayah dah tak ada, mak dah tak ada, saya rasa macam tak ada tempat bergantung dan meluah. Saya hilang doa yang paling mustajab dekat dunia ni.
Dalam pada itu, Irma menasihatkan orang ramai untuk tidak mensia-siakan peluang untuk menjaga ibu bapa mereka yang masih hidup.
Jadi untuk sesiapa di luar sana yang ada ibu ayah, terutama ibu ambillah peluang itu sebab saya rindu. Saya rindu berkhidmat kepada ibu.
Untuk info, ibu Irma, Allahyarham Ropitah Robiah meninggal dunia akibat kanser pada 27 April tahun lalu.
Sumber: TikTok