Hada Labo, jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal dengan falsafah “Perfect x Simple,” dengan bangganya mengumumkan pelancaran serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf dengan 10 ramuan Vitamin.
Serum yang diperbaharui ini melambangkan komitmen Hada Labo dalam menyediakan produk penjagaan kulit yang terbaik, tulen dan paling berkesan.
Hakken sebagai duta!
Bersama pelancaran produk baharu ini, Hada Labo turut memperkenalkan cosplayer terkenal, Hakken, sebagai duta jenama mereka.
Hada Labo berpegang kepada falsafah gaya hidup yang mengembalikan kecantikan kepada asas, sempurna, ringkas, dan yakin. Rangkaian penjagaan kulit kami hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi yang bermanfaat, tanpa bahan tambahan yang tidak diperlukan seperti alkohol, pewarna, pewangi, dan minyak mineral.
Dedikasi kepada kesempurnaan ini memastikan keberkesanan maksimum, memberikan kulit anda yang terbaik. Produk utama Hada Labo, Hydrating Lotion, telah menjadi losyen No.1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, dengan lebih daripada 100 juta botol terjual di seluruh dunia.
Serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf ini diformulasikan dengan 10 vitamin berkesan (Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (Niacinamide), Vitamin B5, Vitamin B7, Vitamin B9, dua bentuk Vitamin C, dan Vitamin E) dan 4 jenis Asid Hyaluronik yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi. Gabungan hebat ini boleh menembusi jauh ke dalam kulit untuk menangani masalah kulit dengan lebih berkesan daripada serum biasa.
Manfaat utama termasuk:
• Peningkatan kelembapan kulit sebanyak 71%
• Peningkatan ketegangan kulit sebanyak 19%
• 94% bersetuju pengurangan bintik hitam dan bekas jerawat dalam masa 7 hari
• 91% bersetuju kulit lebih berseri dan glowing pada keesokan harinya
• 91% bersetuju skin barrier diperbaiki dalam masa 7 hari
Hakken adalah salah seorang cosplayer paling terkenal di Asia. Beliau mempunyai lebih daripada 6 juta pengikut di sosial media. Beliau juga merupakan duta Tokyo Tourism di Jepun.
Menurut Pengurus Besar Rohto Mentholatum Malaysia, Lim Mei Yuen, mereka sangat teruja untuk memperkenalkan Hakken sebagai duta jenama mereka.
Dedikasinya terhadap kerjaya dan pengaruhnya yang luas adalah seiring dengan misi Hada Labo untuk menawarkan produk skincare yang berkualiti tinggi dan berkesan kepada pengguna di Malaysia.
Oleh itu, korang semua boleh rasai perbezaan yang dibawa oleh serum HA Supreme Vita Brightening Booster yang dinaik taraf dan nikmati perbezaan yang diberikan kepada anda untuk penjagaan kulit Jepun yang sempurna, ringkas dan sihat.
Hada Labo Vita Booster Serum boleh didapati di kebanyakan kedai di Malaysia. Anda boleh mendapatkannya sekarang pada harga RM95.00 untuk 30gm di semua farmasi terkemuka dan kedai e-dagang mulai Ogos 2024.