Baru-baru ini, penyampai radio Hot FM, Ayu meluahkan rasa berang terhadap seorang individu kerana menghantar direct message (DM) berbaur lucah di Instagram (IG) miliknya.
Artikel Berkaitan: Ayu Hot FM Berang Terima DM Berbaur Lucah – ‘Kesian Dekat Mak Ayah, Benda-Benda Macam Ini Juga Yang Kau Tengok’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Tak Perlu Cari Kebenaran’ – Ayu Hot FM Fokus Bahagiakan Ibu Bapa
Artikel Berkaitan: #BestiesPapeRoger: Ayu Hot FM Dedah Status Anak Angkat, Pernah Lalui Fasa Kemurungan
Susulan daripada itu, OhBulan! sempat menghubungi Ayu untuk bertanya lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Dah melebihi had
Menurut Ayu atau nama sebenarnya Masyuni Mansor, 25, isu gangguan seksual ini bukanlah kali pertama berlaku terhadap dirinya.
Ujar Ayu, kali ini dia berani bersuara dan mendedahkan perbuatan individu tersebut kepada khalayak umum berikutan tahap kesabarannya sudah melampaui batas.
Sebelum ini saya pernah kena gangguan seksual seperti itu. Cuma, saya tak nak ambil pusing. Kali ini saya rasa dah melebihi had. Sebab itu saya bertindak terus. Saya rasa individu tersebut dah tak boleh kawal diri. Dia guna akaun sendiri. Jadi, saya nak bagi dia pengajaran supaya sedar apa yang dilakukan itu semuanya salah.
Zaman sekarang tak kisah lelaki atau perempuan, semua orang tak suka kalau diri mereka kena gangguan seksual.
Berbicara lebih lanjut, Ayu berkata, pakaian yang dipakai pada waktu itu tidak mencolok mata.
Kalau cakap pasal soal pemakaian, saya pakai baju dan seluar yang normal. Kalau individu tersebut seorang yang normal, dia tidak akan komen apa-apa. Kalau dia seorang yang ‘low class’ dia akan nampak dan lihat benda lain.
Lagi beberapa bulan nak masuk tahun 2025, tolonglah hormat orang lain. Kena belajar kawal diri. Itu saya nak tekankan kepada semua.
Disoal sama ada akan mengawal setiap posting ataupun tidak selepas ini, Ayu secara ringkas menjawab tidak. Jelas Ayu, akaun Instagramnya dibuka untuk mereka yang mahu mengikuti perkembangan kariernya sebagai penyampai radio.
Akaun Instagram saya public. Jadi sesiapa sahaja boleh tengok.
Di akhir temu bual, Ayu sempat menitipkan beberapa pesanan kepada mereka yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual.
Bagi Ayu, kita kena lantang bersuara supaya mereka malu dan belajar. Mungkin selepas itu mereka akan berpada-pada. Bila kita bersuara, mereka akan takut. Kalau sampai tahap ganggu mental dan tak boleh jalani kehidupan harian seperti biasa, saya nasihatkan buat laporan polis.