Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang atlet Amerika Syarikat (AS) yang sedang melakukan ‘catwalk’ di trek larian pada temasya sukan Olimpik Paris 2024.
Apa yang menarik, hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya Malaysia apabila wajah atlet tersebut dikatakan mirip dengan pempengaruh terkenal, Imran Bard.
Artikel Berkaitan: Imran Bard Sedih Permohonan Visa Untuk Ke Coachella Ditolak, ‘Burn’ RM888 Bayar Temu Duga Dua Saat
‘Doakan dapat gold okay’
4×4 jap doakan Gold okay ??. https://t.co/k3MOQiJeuz
— Imran Bard (@imemerang) August 5, 2024
Sedar dirinya menjadi bualan, Imran yang menyiar semula (repost) video tersebut di aplikasi X berseloroh mengatakan dirinya ketika ini sedang bersedia untuk memulakan larian 4×4.
Pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin ini turut meminta orang ramai untuk mendoakannya agar memenangi pingat emas bagi acara tersebut.
(Masuk acara) 4×4 kejap, doakan dapat gold okay?
Lebih menghiburkan, Imran berseloroh mengatakan bahawa permohonan visa yang dibuatnya pada Julai lalu adalah kerana mahu mewakili Amerika Syarikat bagi kategori tersebut di temasya sukan berprestij itu.
Sebab inilah saya minta visa sebab nak wakil AS.
Netizen siap DM atlet
@imemerang thank me later https://t.co/iptDYwcUjB pic.twitter.com/hB2Kql3mcm
— kichiiiiii (@kichiii_22) August 5, 2024
Disebabkan mempunyai raut wajah yang hampir sama, seorang netizen bertindak menghantar hantaran mesej (DM) kepada atlet yang dikenali sebagai Anna Cockrell dan memaklumkan mengenai isu tular itu kepadanya.
Tanpa disangka-sangka, Anna yang begitu peramah membalas hantaran DM netizen tersebut dan memaklumkan dia juga ada menerima hantaran mesej daripada pengguna media sosial di Malaysia dan Indonesia.