Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan suami, Afify Sazali.
Artikel Berkaitan: Ananda Natasha Dakwa Andika Tipu Di Mahkamah, Tak Mengaku Dah Lafaz Cerai Dua Kali?
Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Dicerai Ketika Live TikTok – ‘Suami Kahwin Lain Tanpa Pengetahuan, Mereka Suka Provok Saya’
Umum cerai
Mengakui berat ujian yang dilalui, Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynna Abdullah berkata, dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap jodohnya bersama suami tidak panjang.
Jikalau dulu saya share berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan ex husband saya.
Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.
Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan.
Erynne berkongsi berita itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Erynne berkata, dia dan bekas suami akan berusaha menjaga cahaya mata mereka, Medinah bersama-sama sebaik mungkin.
Malah, Erynne menyifatkan bekas suami seorang yang bertanggungjawab dan berterima kasih di atas segala pengorbanan yang sudah dilakukan.
Ex husband saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah.
And we’ll try our very best to be a good parents to Medinah and give her the love she deserves, insya’Allah Amin Ya Rabbal Alamin.
To Muhamad Afify, thank you for everything. May Allah guide, ease, bless and protect you and our family always.
Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua.
Imbas kembali, Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.
Pasangan itu menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram