Baru-baru ini, tular potongan video memaparkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang berpakaian seksi sewaktu sedang bermain bola tampar bersama keluarganya di tepi pantai.
Terbaharu, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini tampil memberikan penjelasan mengenai video tersebut.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Mohon Maaf Pakai Baju Seksi Dedah Paha – ‘Saya Tak Akan Buat Lagi’
Akui kesilapan
Ketika ditemui, Bella menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku secara tidak sengaja sewaktu dirinya sedang beriadah dan meluangkan masa bersama ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.
Ujar Bella, perkara itu kemudiannya menyorot perhatian wargamaya selepas salah seorang ahli keluarganya secara tidak sengaja memuat naik video tersebut di media sosial.
Sebenarnya, kejadian itu berlaku waktu saya bercuti di sebuah pulau ‘private’ di Sabah dan hanya disertai oleh ahli keluarga sahaja.
Mungkin kerana terlalu teruja sebab dah dua tahun tak jumpa, mak cik Bella terlepas pandang dan ‘upload’ video itu di media sosial.
Tetapi dia sudah meminta maaf mengenai perkara itu.
Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada TikTok Awards Malaysia 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Ahad.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut memohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Manusia melakukan kesilapan dan kami pun sebenarnya sudah berbincang bahawa tiada gambar yang akan dikongsikan, tetapi mungkin berlakunya kesilapan.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebab anak-anak pun makin membesar dan mereka boleh melihat bermacam-macam yang dimuat naik di media sosial.
Apa-apa pun, saya minta maaf sangat-sangat atas kejadian itu.
Terdahulu, Bella menyorot perhatian wargamaya apabila mengenakan gaun pantai berona putih dan biru sehingga mendedahkan bahagian belakang badannya.