Kakak sulung kepada penyanyi, Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie mendedahkan mayat adiknya itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan sedang memancing di Jambatan Sungai Klang sekitar jam 3 petang, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Akan Berbincang Sama Ada Nak Teruskan Bedah Siasat, Kesian Pada Arwah’ – Aufahanie
Pemancing jumpa
Ketika ditemui OhBulan!, Irfahanie berkata bagaimanapun laporan polis mengenai penemuan mayat adiknya itu hanya dilakukan kira-kira dua jam selepas itu.
Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak mayat itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.
Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak mayat sepenuh dan dia melaporkan kepada pihak polis.
Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman mayat.
Irfahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, pada malam Rabu.
Naluri bapa
@ohbulanofficial Replying to @Amiraa ? Moga dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan kadar segera ??? #ohbulan #sembangentertainment #ikhtiar #cari #NidzaAfham #hilang ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Irfahanie juga mendedahkan bapanya iaitu Mokhtar Mahmud sudah merasakan akan bertemu mayat adiknya sewaktu melaungkan azan di sekitar kawasan lokasi terakhir tersebut.
Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian.
Katanya lagi, dia dan keluarga masih tidak dapat mengenal pasti punca kematian adiknya itu.
Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jenayah, hutang atau yang pelik-pelik.
Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.
Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan. Tapi dia belum ada tarikh berkahwin.
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sehinggalah sekitar jam 7 malam Rabu, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.