Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.35 petang Khamis.
Artikel Berkaitan: Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Arwah Nidza Afham Selamat Jalani Proses Bedah Siasat, Dijangka Dikebumikan Selepas Waktu Asar
Selamat dikebumi
Majlis pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 400 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.
Sebelum itu, jenazah telah dimandi dan dikafankan di Unit Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam sejurus selesai proses bedah siasat.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Sebelum ini, adik kepada arwah iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
@ohbulanofficial Replying to @ns ?? Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.35 petang Khamis. Al-Fatihah ?? #ohbulan #trendingnewsmalaysia #nidzaafham #selamat #dikebumikan