Pendakwah bebas iaitu Ustaz Tajdid Hadhari menegur segelintir netizen yang dilihat berasa curiga dengan keputusan bedah siasat bahkan mempersoalkan punca kematian abang kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Allahyarham Muhammad Nidza Afham.
Artikel Berkaitan: Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah
Jangan persoalkan
@ustazbola Jagalah adab dan akhlak kita guys Yang pergi menghadap Ilahi, Yang masih disini taatlah kepada Ilahi #ustazbola #zayan #ilmu #adab #akhlak #fyp #fyp? ? original sound – Ustaz Bola
Menerusi hantaran di TikTok, Ustaz Tajdid yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bola juga memberikan nasihat kepada netizen agar tidak memberikan pandangan seolah mereka merupakan penyiasat kepada kes melibatkan arwah Nidza.
Saya mohon kepada anda semua, sahabat di luar, yang mungkin aktif di laman sosial atau mana saja.
Tolong pastikan, jangan sesekali kita melontarkan pandangan itu dan ini. Bahkan seolah-olah macam kita pula penyiasat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran, surah Al Hujurat, Ayat ke-12 yang bermaksud, ‘Jangan sesekali, kamu berprasangka’.
Kadang-kadang sangkaan kita kata itu, kata ini, seolah-olah macam kita pula yang ada diposisi tersebut.
Jangan kita berprasangka sebab Allah letakkan pula dalam ayat yang sama iaitu, ‘Adakah kamu ini sanggup memakan daging saudara kamu yang sudah mati.’
Maksudnya ibarat, kalau kita mencari keburukan orang lain, melontarkan itu dan ini, bersembang pula tentang individu itu, bahkan orang yang sudah meninggal seolah-olah kita ini sanggupkah makan daging saudara yang telah mati.
Hormat ahli keluarga arwah
Dalam pada itu, Ustaz Bola memohon agar semua pihak menghormati perasaan ahli keluarga dan mendoakan yang baik-baik buat arwah.
Hormat perasaan ahli keluarga arwah, yang kedua, hormat kepada roh arwah.
Kita doakan yang baik-baik saja. Insya-Allah mudah-mudahan kita lebih berperikemanusiaan. Dan lebih berakhlak, dalam media sosial.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.
Sumber: TikTok Ustaz Bola