Abang kepada Allayarham Nidza Afham iaitu Nidza Irfan, 33, mendedahkan dia menemui fail khas yang mengandungi makna dalam bacaan solat di dalam komputer riba milik adiknya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Anda Ke Balai Polis & Beri Keterangan Saksi Sekiranya Abang Saya Ambil Nyawa Sendiri’ – Aufahanie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Bola Beri Teguran Netizen Persoal Punca Kematian Arwah Nidza Afham – ‘Jangan Beri Pandang Seolah Kita Pula Penyiasat’
Folder makna solat
Irfan berkata, adiknya itu juga sering bertanya mengenai persediaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami.
Semenjak dia bekerja dengan saya, dia mula bertanya di mana tempat untuk dia menyimpan duit untuk pelaburan. Dia juga sedang mencari lokasi menarik untuk majlis perkahwinannya.
Disebabkan dia dalam persediaan untuk menjadi seorang suami, saya jumpa dalam laptop dia ada folder (fail) khas yang memuatkan makna-makna dalam solat. Mungkin dia nak solat lebih khusyuk. Dalam telefon bimbitnya pun ada.
Irfan berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada Khamis.
Amat terasa kehilangan adik tercinta, Irfan berkata dia akan merindui gelagat dan jenaka arwah.
Saya akan rindu cara gelak dia, cara dia bergurau. Dia jenis yang suka tambah ‘minyak’ kalau kami adik-beradik bergurau. Seorang yang sangat periang dan ceria.
Semua memori yang ditinggalkan oleh arwah indah-indah belaka. Memori indah itu kami tak akan tukar kepada memori sedih.
Terdahulu, arwah Muhammad Nidza Afham, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam, pada jam 6.35 petang Khamis.
Pada Rabu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman pada Selasa lalu.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.