Zaman sudah berubah, macam-macam tugasan kita dah gantikan dengan cara online. Tapi rasanya, bila nak buka akaun bank, masih ramai yang “tersangkut” dengan cara tradisional iaitu pergi ke cawangan bank.
Kalau anda adalah salah satu orang ini, teruskan baca artikel ini. Dengan hanya beberapa klik je, korang dah boleh buka akaun Maybank korang (ataupun anak korang) secara online melalui aplikasi MAE.
Teknologi ‘eKYC’ membolehkan korang membuka akaun untuk sekeluarga di aplikasi MAE sahaja
Haa.. Sekarang korang tak perlu risau lagi sebabnya korang boleh apply hampir kesemua produk atau perkhidmatan perbankan secara online sahaja dengan Maybank kerana fungsi eKYC iaitu ‘Electronic Know-Your-Customer’ mereka yang diperluaskan!
eKYC adalah singkatan dari ‘Electronic Know-Your-Customer’ dan ia adalah kaedah pengesahan identiti melalui teknologi imbasan ID dan pengecaman wajah di aplikasi.
Jadi, korang bolehlah elakkan situasi2 tak onz dek nak pergi buat urusan bank seperti mohon cuti semata-mata untuk ke bank – rugi kan?
Bayangkan kalau dah sampai ke bank tiba-tiba terserempak pula dengan kekasih lama sewaktu beratur. Serius tak best!
Bukan tu je, kucing atau anak korang di rumah pula tiba-tiba buat hal yang membantutkan perjalanan korang ke bank dan sebagainya. Kan dah susah!
Ini antara 3 akaun popular Maybank yang korang boleh mohon semudah beberapa minit menggunakan aplikasi MAE sahaja!
Menerusi aplikasi MAE, korang boleh memohon ketiga-tiga akaun ini secara online sahaja! Berikut kami kongsikan akaun simpanan patuh syariah yang ditawarkan Maybank Islamic yang memenuhi keperluan korang.
Setiap akaun-akaun ini boleh diuruskan sepenuhnya di apikasi MAE. Antaranya adalah:
Akaun Simpanan-i (atau Savings Account-i)
Akaun Simpanan-i merupakan akaun simpanan patuh syariah berasaskan konsep Komoditi Murabahah.
Akaun ini sedia untuk dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas dengan deposit serendah RM10 sahaja.
Bukan hanya menyimpan wang korang dengan selamat serta dilindungi PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit, Akaun Simpanan-i turut memberikan kadar keuntungan buat para penyimpan yang dikreditkan dua kali setahun.
Akaun Simpanan Yippie-i
Akaun Simpanan Yippie-i merupakan akaun simpanan patuh Syariah khusus untuk kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.
Bukan hanya sebagai platform para kanak-kanak dan remaja menyemai sifat rajin menabung, para pemilik akaun ini turut akan diberikan kadar keuntungan yang menarik iaitu sehingga 2.30% setahun* (*kadar asas berkuat kuasa 27.09.2024).
(Rujuk laman web Maybank untuk kadar terkini).
Bukan itu sahaja, simpanan menerusi akaun Simpanan Yippie-i ini turut dilindungi PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. Lebih yakinlah buat korang yang mahu menyimpan wang anak-anak korang!
Menariknya dengan akaun Maybank Yippie-i, pemilik akaun yang meraih keputusan cemerlang dalam SPM, STPM/A-level dan ijazah universiti bakal diberikan ganjaran tunai.
Zest-i Account
Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Zest Account-i tidak dilindungi oleh PIDM.
Buat korang yang suka dapat hadiah, mesti korang akan suka dengan Zest-i Account.
Sebabnya, menerusi pelaburan serendah RM200, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah daripada Maybank! (tempoh kempen: 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025)
Hadiah-hadiah ditawarkan setiap bulan, suku tahun dan tahunan. Ada 156 jumlah pemenang sepanjang tahun. Kelayakan untuk menang hadiah adalah berdasarkan jumlah baki dalam akaun korang. Dalam erti kata lain, lebih banyak korang labur, lebih tinggi peluang korang untuk menang hadiah!
Seperti akaun biasa korang juga boleh keluarkan wang yang dilaburkan bila-bila masa sahaja menerusi ATM yang tersedia seluruh negara.
Akaun patuh syariah ini turut menawarkan bayaran keuntungan (kadar keuntungan adalah indikatif) yang dikreditkan kepada akaun pengguna secara bulanan.
Bukan sahaja ganjaran, kemudahan untuk mengakses kewangan korang juga akan lebih mudah!
Sesuai dengan tema iaitu ‘Apply Online Lagi Onz’, terdapat pelbagai kemudahan yang bakal korang nikmati sebagai pengguna Maybank dan aplikasi MAE.
Min yakin korang yang first time akses aplikasi MAE pun akan terus cekap untuk menggunakannya. Sama ada untuk membayar bil, membuat pembiayaan ASB atau pelbagai lagi kemudahan yang tersedia, MAE sangat mudah untuk digunakan.
Oh ya, sekiranya korang perlukan sebarang bantuan, Customer Care Hotline (1 300 88 6688) ataupun lebih 300 cawangan seluruh negara sedia membantu korang. Jadi, tak perlu risau untuk cuba mohon secara online kan?
Jom sertai Maybank & nikmati ganjaran hebat!
Takkan nak tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah menarik dan jimat masa korang. Semua lagi onz dengan Maybank!
Download aplikasi MAE sekarang dari App Store atau Google Play Store dan mula simpan dengan bijak!