Tindakan isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari yang mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video mengenai pengorbanan telah mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Abang Tesla Sedang Retak? – ‘Dalam Media Sosial Ramai Yang Batu Api’
Artikel Berkaitan: ‘Korang Bukan Tahu Apa Yang Isteri Pertama Lalui, Dah Banyak Benda Mereka Mengalah’ – Abang Tesla
‘Belum tentu dihargai’
Video yang dimuat naik di TikTok itu menjelaskan tentang pengorbanan yang dilakukan seseorang belum tentu akan dihargai oleh orang lain.
Sebaliknya, setiap manusia perlu mencintai diri sendiri untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih indah.
Kesimpulannya dalam hidup ini, apa yang kita buat dan korbankan untuk orang lain belum tentu dihargai.
Jadi, mula mencintai diri sendiri dan lebih mencintai. Kehidupan akan menjadi lebih menarik dan indah untuk anda.
Sementara itu, video tersebut juga menggunakan lagu berjudul Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain sebagai muzik latar.
Terdahulu, Abang Tesla akui sudah malas bermain media sosial disebabkan ada segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya.
Justeru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, meminta pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat.