Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Ibrahim selepas hampir tujuh bulan tidak berjumpa.
Artikel berkaitan: Isteri Ippo Hafiz Persoal Suami Mahu Berdamai, Dakwa Bermusuh Dengan Keluarga Mentua – ‘Fail Nusyuz Tapi Nak Proses Pendamai’
Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Bagitahu Isteri, Anak Kedua Biar Saya Jaga’ – Ippo Hafiz Nafi Dakwaan Larikan Anak Bongsu
7 bulan terpisah!
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Fara memuat naik semula hantaran dipercayai milik kakak kepada Ippo dikenali sebagai Yazmin Yaziz yang merasa kesal kerana tidak dapat membantu adik iparnya.
Tujuh bulan dah berlalu. Doa memang tak pernah putus setiap hari untuk Fara sekeluarga agar dapat berjumpa dengan Ibrahim.
Selalu ada rasa kesal, bersalah dan sedih bila tak dapat nak bantu. Faham sangat rasanya bila rindu.
Semoga dapat berjumpa kembali dengan Ibrahim Afi Nur.
Sementara itu, Fara merasakan suaminya seperti sedang menguji kesabarannya dengan memisahkan anak kedua daripadanya.
Tujuh bulan tak jumpa Ibrahim. Dia (suami) memang nak Fara gila agaknya. Doakan Fara kuat untuk Yusuf dan Ibrahim.
Terdahulu, Yazmin tampil mendakwa adiknya itu telah melarikan anak bongsunya daripada pangkuan isteri.
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz kemudiannya tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya sudah memaklumkan kepada Fara untuk menjaga anak bongsu mereka manakala anak sulung dibawah jagaan isterinya itu.
Jelas Ippo, kes melibatkan hak penjagaan anak mereka juga masih lagi berjalan di mahkamah.
Untuk rekod, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Namun, pada 12 Mac yang lalu, Ippo hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Ampang, bagi sebutan pertama permohonan tuntutan nusyuz yang difailkan olehnya terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah sejak November tahun lalu.
Sumber: Instagram