Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memaklumkan dia kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata ketiga.
Artikel berkaitan: Sasha Abdul Aziz Menangis Alami Keguguran – ‘Saya Memang Nak Anak Lelaki’
Artikel berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berpantang 5 Hari, Syukur Prosedur Cuci Rahim Berjalan Lancar – ‘Saya Jenis Jaga Dalaman’
Berusaha hamil anak ketiga
Menerusi perkongsian di TikTok, Sasha menyenaraikan beberapa makanan yang diambil dalam sehari.
POV: Apa yang saya makan dalam sehari sebagai ibu TTC (trying to conceive).
11.30 pagi, oat dengan blueberries. 12.00 tengahari, makan folic acid. 12.30 tengahari, penggantian makanan. 3.00 petang, makan tengahari sup ayam.
7.00 petang, makan jamu untuk dalaman. 8.00 malam, tak makan hanya makan buah je. Moga dapat zuriat ameen!
@sashaabdaziz Life as ttc mom? #fyp??viral #healthyliving ? indah cintaku – dea
Terdahulu, Sasha tidak dapat menahan tangisan memberitahu dia mengalami keguguran zuriat ketiga ketika kandungan di usia 12 minggu menerusi siaran langsung di TikTok.
Untuk rekod, Sasha mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dipercayai berasal dari Australia yang dikenali sebagai Daily Doseof Liu dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.
Sumber: TikTok