Pelakon sensasi Zarina Anjoulie gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Prank’ Bagitahu Bapa Jadi Pengedar Dadah, Zarina Anjoulie Kena Marah ‘Kau Jangan Buat Hal, Aku R*mbat Kau’
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Amal Diet Sendiri Untuk Kurus, Berat Badan Naik Balik Selepas Rawatan Belon
Buat hidung
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju berkata, dia melakukan pembedahan tersebut di sebuah klinik di Vietnam dan kini memerlukan rehat yang cukup.
Alhamdulillah, hidung saya dah okay dari Vietnam. Proses pembedahan berjalan dengan lancar.
Jadi sekarang saya sangat penat dan perlu rehat secukupnya.
Menerusi hantaran itu juga, Zarina turut berkongsi keadaan batang hidungnya yang masih berbalut dan bahagian lubang hidung disumbat dengan kapas.
Sementara itu, turut tular di TikTok sebuah video memperlihatkan Zarina bersama seorang doktor ketika melakukan prosedur membuat hidung.
Dalam klip berkenaan, Zarina berkata, hasil yang didapati tiada lagi benjolan di hidungnya dan dia lebih yakin untuk melakukan sesi pengambaran.
Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi.
Sumber: TikTok