Sekadar gambar hiasan
Gara-gara tidak dapat mengawal kemarahan, seorang suami secara tidak sengaja melafazkan talak tiga terhadap isterinya.
Artikel Berkaitan: Viral Berita Aisyah Hijanah Fail Cerai, Alif Teega Tampak Tenang Ikat Rambut Anak & Buat Persiapan Buka Butik Baru
Artikel Berkaitan: Suami Mengaku Tak Ada ‘Selera’ Nak Sentuh Sebab Isteri Kedua Terlalu Pemalu – ‘Aku Bosan, Patut Ke Aku Lepaskan Je Dia?’
Tak sengaja lafaz talak tiga
Sekadar gambar hiasan
Menerusi kisah yang dikongsikan peguam Hazwani Zainal, kejadian itu dipercayai berpunca kerana si isteri berang si suami lupa akan tarikh ulang tahun kelahirannya dek kesibukan bekerja.
Disebabkan itu, si isteri bertindak di luar kawalan dengan menghempas barangan peribadi milik suami termasuk telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya.
Ketika itu, si suami yang kepenatan selepas pulang dari bekerja akhirnya hilang sabar sehingga telah melafazkan talak tiga terhadap isterinya tanpa sengaja.
Sebabkan kejadian tu, saya terlafaz ‘aku cerai hang dengan talaq 3’. Saya jadi marah sebab segala bahan nak meeting esoknya ada dalam laptop tu.
Lepas tu telefon tu saya simpan duit dekat 6 bulan baru merasa nak pakai iphone.
Menyedari akan keterlanjurannya, si suami segera hadir ke mahkamah untuk mendapatkan rujukan.
Susulan daripada apa yang berlaku, peguam Hazwani memaklumkan bahawa lafaz talak tersebut perlu disahkan di Mahkamah Syariah.
Sumber: TikTok Hazwani Zainal