Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Lumba Siput Sedut? Ini Penjelasan Ustaz Adnin
Artikel Berkaitan: Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Lelaki Buka Baju & Hanya Berseluar
‘Bersyukur nikmat Allah’
Ustaz Azhar berkata, umat Islam hendaklah bersyukur dengan nikmat yang sudah diberikan Allah dan menasihati agar tidak mengikut gaya hidup orang kafir.
Bagaimanapun, Ustaz Azhar berkata, diizinkan seseorang lelaki bergelar suami untuk berubat sekiranya mempunyai masalah pada alat sulit.
Allah cipta manusia dengan cukup sifat. Kalau manusia sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, Allah akan tambahkan lagi nikmat. Kalau tak bersyukur, ditarik nikmat.
Seandainya lelaki itu sakit, diizinkan berubat. Seperti mana sabda Nabi, jika sakit boleh berubat.
Lelaki yang menjadi suami, perlu beri nafkah batin kepada isteri. Namun jika ada sakit lemah batin, maka berubatlah.
Tetapi berubat jagan dengan cara yang haram mengikut cara orang putih (kafir) atau sebagainya.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar mengingatkan tujuan sebenar umat Islam hidup di dunia adalah menjadi hamba kepada Sang Pencipta.
Ingatlah, hidup dalam dunia bukan untuk seronok. Hidup kita menjadi hamba Allah. Namun di samping jadi hamba Allah, dibenarkan berseronok sekejap.
Tetapi ingat, cara berseronok umat Islam berbeza dengan cara berseronok orang tiada agama. Bersyukur dengan apa yang Allah berikan, itulah kehidupan yang sebaik-baiknya.
Sumber: TikTok