Pempengaruh media sosial, Eynanan menerima teguran dan nasihat daripada netizen susulan perkongsiannya di TikTok, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Isteri Kedua Abang Tesla Kongsi Lauk Berpantang Hari Ketujuh, Ada Sup Sayur & Ikan Goreng
Artikel Berkaitan: Posting Terakhir Bersama Anak Di IG Story Jadi Tumpuan, Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Da’i Syed
‘Menangis mak-mak dekat kampung tengok ni’
@eynananreward for myself? original sound – Eynanan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Eynanan atau nama lengkapnya Suhaina Adnan sedang berada di hospital selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Assad.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah makanan yang dijamah Eyna sewaktu dalam tempoh berpantang. Eyna dilihat berselera menjamah beberapa jenis sushi yang dihidangkan di atas meja wad di hospital.
Menerusi ruangan kapsyen, Eyna menulis makanan tersebut adalah sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri (self reward).
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya terutamanya golongan wanita yang bergelar ibu.
Mereka menasihati Eyna supaya menjaga pemakanan lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang untuk mengelakkan risiko komplikasi selepas melahirkan seperti jangkitan, pendarahan yang berlebihan dan kemurungan selepas bersalin.
Saya pun pernah makan sushi ni dik sebab terpengaruh, akhirnya kena bentan. Sakit gika. Apa-apa pun ikut badan, kalau tahan makan je lah. Tak salah pun.
Pengalaman saya yang tidak berpantang, sila lah ikut pantang ya adik-adik.
Menangis mak-mak dekat kampung tengok ni.
Pantang lebih baik, badan nak pakai lama untuk suami. Sebab tu penting pantang semasa bersalin.
Mat salleh sangat ni, kalau mak ayah kita mengucap panjang sambil menangis.
Sumber: TikTok Eynanan