Meskipun sudah menetap di Perth, Australia selepas mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya masih menerapkan budaya dan adab Melayu kepada anaknya, Talita Love.
Artikel Berkaitan: Tunjuk ‘Baby Bump’, Raja Ilya Umum Hamil Anak Kedua!
Artikel Berkaitan: Komen ‘Stay Safe’ Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Nafi Sokong Isra4l – ‘Saya Lebih Kepada Rasa Simpati Terhadap Wanita & Golongan Ibu’
Didik budaya Melayu
Menerusi hantaran di TikTok, gelagat anak sulung Raja Ilya atau nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bertutur dalam bahasa Melayu telah mencuri perhatian.
Malah, pengarah dan penerbit, Datuk A Aida turut memuji aktres itu yang mendidik anaknya menggunakan bahasa kebangsaan.
Bagus sayang (Raja Ilya) ajar anak awak bercakap dalam bahasa Melayu.
Membalas kepada komen tersebut, aktres berusia 39 tahun itu secara berseloroh berkata, dia kini mempunyai teman untuk berborak dalam bahasa Melayu.
Alhamdulillah, lepas ini ada geng sembang bahasa Melayu. Kalau harapkan Trent (suami), sampai sekarang dia tak faham.
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran video, bintang filem KL Vampires itu memberitahu, Talita juga menggemari makan ikan bilis goreng yang cukup sinonim dengan tekak masyarakat Melayu.
Tekak orang Malaysia la katakan. Masa mengandung Talita memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dengan kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pakai ikan bilis.
Sekarang Talita pulak sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai anak saya makan.
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garrent pada 2018 di Perth, Australia.
Beberapa bulan selepas berkahwin, Raja Ilya dan suami membina kehidupan dan terus menetap di Perth, Australia.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Talita Love pada Julai 2022 dan kini dia sedang sarat hamil anak kedua.
Video
@rajailya2021Buat apa tu?????? original sound – Raja ilya
Sumber: TikTok