Hantaran terbaharu pelakon Fify Azmi di TikTok seakan memberi ‘hint’ status hubungannya dengan aktor, Niezam Zaidi.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Tomboi! Apa Yang Anda Tonton Hanya Sekadar Lakonan Semata-Mata’ – Fify Azmi
Artikel Berkaitan: Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Di Instagram
Fify Azmi & Niezam Zaidi
@fifyazmiofficialJust the two of us ?? suara asli – story juna
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan momen bahagia Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi bersama pelakon, Niezam Zaidi.
Meskipun tidak pernah berkongsi kisah cinta mereka kepada umum, tetapi kapsyen yang ditulis Fify memjawab persoalan ramai bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.
Just the two of us (hanya kita berdua)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan itu selain mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dia dapat semua crush childhood kita semua
Tak sangka, tapi comel. Semoga bahagia.
Dua manusia yang dilukai, disatukan.
Halal terus please.
Wah Fify dengan Niezam Zaidi, tahniah korang!
Sekadar info, Fify Azmi pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Nafiez Zaidi namun hubungan mereka berakhir.
Sementara itu, Niezam pula pernah menjalinkan hubungan cinta bersama penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah sekitar Jun 2020, namun mengambil keputusan untuk berpisah.
Sumber: TikTok Fify Azmi