Setiap tahun, Malaysia Agriculture, Horticulture, and Agrotourism Show (MAHA) adalah salah satu acara yang paling dinanti-nantikan di Malaysia!
Tahun ini MAHA 2024 kembali dengan lebih gah dan istimewa menandakan 100 tahun pameran pertanian terbesar di Malaysia ini sejak pertama kali diadakan!
Korang dah bersedia untuk merasai pengalaman luar biasa di MAHA? Jom layan video ni dulu untuk tahu dengan lebih lanjut!
Bertemakan “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossoms, MAHA 2024 menampilkan lebih 2000 ruang jualan serta pameran agro yang memukau, aktiviti-aktiviti menarik, inovasi teknologi pertanian terkini hingga ke pertandingan yang menyeronokkan.
Siap ada pelbagai give-away yang korang boleh bawa pulang tau! Memang sesuai menjadi destinasi utama untuk seisi keluarga.
Bukan hanya aktiviti menarik, MAHA 2024 juga turut menyediakan pelbagai fasiliti untuk kemudahan semua. Jadi buat korang yang tertanya-tanya macam mana nak pergi ke MAHA, apakah fasiliti yang disediakan, dan macam-macam lagi, jangan risau sebab semuanya serba lengkap di sana.
Antara fasiliti yang disediakan di MAHA:
- Shuttle bus PERCUMA ke MAEPS
- Tram dan bus elektrik dalam MAEPS
- Laluan pejalan kaki berbumbung
- Surau
- Tandas
- Sick Bay
- Servis buggy
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke MAHA 2024 bermula 11 hingga 22 September ini bertempat di MAEPS, Serdang untuk pengalaman menarik serta informasi berguna tentang masa depan pertanian negara!