Pelakon dan penyanyi Abby Abadi meluahkan rasa terkejut apabila anaknya, Marissa Dania turut hadir semasa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak ketiganya iaitu Maria Danisha Hakim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Peluk Model Seiras Marissa, Beri ‘Hint’ Sudah Lama Tak Jumpa? – ‘Tiba-Tiba Datang Rindu’
Artikel Berkaitan: ‘Allah Sayang Kamu, Sebab Itu Kamu Diuji Dari Dulu Lagi’ – Netizen Beri Kata Semangat, Simpati Pada Abby Abadi
Mama yang terkejut
Dipercayai sudah lama tidak berjumpa antara satu sama lain, Abby memberitahu dia sangat merindui anaknya itu. Pelakon ‘Gerak Khas’ ini turut berterima kepada Marissa kerana sudi hadir meraikan ulang tahun kelahiran adiknya itu.
Nak terkejutkan baby @m_danishaa, Mama yang terkejut sebab ada @marissadania. Abang @danishhakimofficial memang selalu ada je di mana-mana. Siapa yang bagitahu ada majlis ni? Papa ke Mummy?
Lama tak jumpaaaa anak Mama yang sorang ni. Rindu!!! rindu sangat-sangat. Terima kasih datang semalam raikan baby. Datang selalu okey. Daiyan, Dayana, Darda semua rindu dan sayang adik sangat-sangat! Tak berkurang walau sikitpun.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di Instagram, Abby kelihatan memeluk erat anaknya itu. Bukan itu sahaja, Abby turut menulis kapsyen dan menegur netizen agar jangan menulis perkara yang bukan-bukan di ruangan komennya.
Nanti kita plan jalan enjoy okey. Muah! #jangantulisbukan2 #sayablocknanti #sorry
Video
View this post on Instagram
Terdahulu, Marissa dilaporkan bersalin secara pra matang namun bayi itu tidak bertahan lama dan meninggal dunia selepas dilahirkan.
Berita itu meraih perhatian apabila Abby memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai kematian cucu sulungnya itu.
Malah, Abby juga mendakwa dia tidak mendapat sebarang berita daripada Marissa berhubung perkara itu.
Sumber: Abby Abadi