Pelakon Ammar Alfian kurang senang dengan segelintir individu yang menganggap badan gemuk adalah satu perkara yang positif kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan.
Artikel Berkaitan: Ammar Alfian Bersuara Selepas Nama Dipetik Tumbuk Muka Kekasih – ‘Bukan Aku, Tahulah Muka Aku Jahat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Alfian Reda ‘Dihukum’ Lepas Difitnah Pukul Kekasih? – ‘Janji Orang Tersayang Kenal & Tahu Siapa Kita’
Pendapat Amar
@letsgetitpodcast ? ? ?? Full Episode on Spotify/YouTube EP. 88 – What’s With This Generation? Ft. @Ammar Alfian @Mathnirazak #malaysia #fyp #fat #singapore
Menerusi Let’s Get It Podcast, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri menegaskan bahawa individu yang membawa agenda dan pemikiran seperti itu tidak sepatutnya mempengaruhi orang di sekeliling mereka.
Saya ada masalah dengan individu gemuk yang nak mengetengahkan agenda ‘fat positivity’ kepada orang ramai.
Kepada ‘fatluencer’, kalau awak nak buat itu untuk diri awak sendiri tak mengapa. Tapi jangan mempengaruhi orang lain.
Di mana mereka mahu cuba untuk hidup sihat tapi awak kata,’tak apalah, sayangilah badan gemuk awak itu.’
Justeru, aktor berusia 37 tahun tersebut menyelar tindakan segelintir individu yang mencuba untuk menerapkan pemikiran sebegitu terhadap orang ramai.
Cakap sahaja awak itu pemalas, awak tak perlu untuk tarik semua orang bersama awak.
‘Fat positivity’, ianya tidak sihat bukan? Tapi awak kata ianya sihat. Adakah ianya mesej yang baik untuk disebarkan?
Dalam masa yang sama, pelakon filem Paskal itu berkata, generasi sekarang sangat berbeza dengan dahulu.
Dulu boleh panggil orang lain gemuk. Sekarang semua orang macam takut.
Saya bagi contoh situasi. Kalau dulu kena pukul dengan cikgu, kita takut nak beritahu ibu bapa. Semasa darjah 6, saya pernah kena pukul dengan cikgu dan dia guna tali pinggang.
Kita akan dipukul lagi kalau beritahu ibu dan bapa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan pendapat Ammar dengan menyifatkan pemikiran seperti itu adalah satu ideologi karut.
Sumber: TikTok Le’s Get It Podcast