Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof berkongsi momen suaminya itu ‘mengidam’ dek pembawakan anak sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Sufi Rashid, Sebak Menangis Dapat Tonton Konsert Adele Di Jerman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufi Rashid Bakal Timang Anak Pertama Selepas 5 Tahun Kahwin, Bawa Isteri Tonton Konsert Adele Di Jerman Sebab Mengidam
Sufi mengidam makan durian
@nuraaenn Haha pecahhhhhh! Sepanjang i pregnant, Sufi yang mengidam macam macam. Dasat betul penangan anak dia ek ? Suami korang mcmni tak? @Sufi Rashid #suamimengidam ? original sound – Nuraaen
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Sufi atau nama lengkapnya Muhammad Sufian Rashid, 33, datang mengadu ke isterinya bahawa dia teringin menikmati buah durian.
Masa tu saya tengah main Go-kart tiba-tiba saya perlahankan, sebab saya teringin durian. Depan mata terbayang buah durian.
Aduh, sedapnya kalau dapat durian ni. Kenapa eh, pelik lah. Apa yang terjadi dengan saya ni?
Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila Nurulain memaklumkan bahawa Sufi sebenarnya banyak mengidam pelbagai jenis makanan berbanding dirinya.
Sepanjang saya mengandung, Sufi yang mengidam macam-macam. Dahsyat betul penangan anak dia ek? Suami korang macam ni juga tak?
Kemungkinan apa yang dilalui pelantun lagu Kisah Dua Muka itu adalah salah satu sindrom pembawakan budak.
Untuk rekod, Sufi dan Ain berkahwin pada 21 September 2019. Ain dijangka bersalin pada 9 November hadapan di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.
Sumber: TikTok Nuraaen