Pelakon Azhar Sulaiman memberitahu dia tidak kisah seandainya anak perempuannya, Kasih Iris Leona mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Poyo, Industri Seni Tanah Air Kecil Sahaja’ – Azhar Sulaiman
Artikel berkaitan: Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Pilih Calon Suami Lebih Matang – ‘Gigi Teratur, Muka Tak Kacak Sangat’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Leona & Gabriel Prince Direstui Netizen, Tayang Momen Mesra Pegang Tangan – ‘Dah Official Ke?’
Syukur dia nak kahwin
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Azhar, berkata, dia menyambut perkara tersebut dengan baik dan percaya Leona mempunyai matlamat hidup yang diimpikan.
Tambah Azhar, Leona mungkin mahu mengikuti jejak langkahnya dan isteri yang turut berkahwin pada usia muda.
Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin waktu itu, mungkin sehingga sekarang saya masih membujang.
Saya percaya Leona mungkin sudah dapat apa yang dia nak sehingga mahu berkahwin pada usia muda. Mungkin juga dia sudah membayangkan untuk mempunyai keluarga sendiri.
Sebagai bapa saya bersyukur dia nak berkahwin, Alhamdulillah. Namun saya belum bersedia untuk menjadi datuk pada masa sekarang, tapi kalau ada cucu pasti mereka akan gembira sebab saya ada banyak anak patung di rumah.
Ujar pelakon ‘Bisikan Cinta’ ini lagi, dia tidak kisah siapa pilihan anaknya nanti. Sebagai bapa, Azhar cuma mengharapkan lelaki tersebut perlu datang dan mendapat restu daripadanya dan isteri terlebih dulu.
Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.
Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini. Sekarang sijil penting, kalau tiada tak boleh buat apa.
Terdahulu, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia ada memasang niat untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Kasih Iris Leona Azhar, 22, berkata, dia masih tidak mempunyai calon suami, namun tetap berharap mahu mendirikan rumah tangga pada usia muda.