Wanita yang dipercayai kakak kepada Abang Bas mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai pertanyaan anaknya mengenai lelaki itu menerusi hantaran di TikTok.
Artikel Berkaitan: Keluarga ‘Abang Bas’ Buka Tabung, Minta Sumbangan Bayar Ikat Jamin RM30,000
Sebak jawab pertanyaan anak
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan tidak dapat menahan sebak ketika menjawab pertanyaan anaknya mengenai Abang Bas yang sudah lama tidak menjemputnya di sekolah.
Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah?
Ibu terus jawab, ‘Pak Itam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal’.
Kemudian dia bertanya, ‘Kenapa Pok Su tak ambil Caca?’. Bertakung air mata ibu.
Dalam pada itu, wanita berkenaan tidak tahu sampai bila dia harus berselindung daripada anaknya bahawa Abang Bas sudah tidak dapat menjemputnya lagi di sekolah susulan kes tular yang berlaku.
Terpaksa cakap poksu tak boleh ambil Caca dah. Sampai bila ibu nak menipu.
Dari bayi bapa saudaralah tempat Caca menumpang kasih sebab ayah dia kerja jauh.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya turut berasa sedih mendengar pertanyaan anak kecil itu.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai tindakan pemandu bas sekolah berkenaan sehingga mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum ditahan pihak polis pada 6 September lalu.
Tidak lama kemudian, pemandu itu telah didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000.
Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka sebelum ini.
Sumber: TikTok