Sebelum ini, wanita yang mengaku bekas kekasih gelap kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine berkongsi perkembangan terkini mengenai perintah mahkamah yang diusulkan aktor berkenaan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Bebas Perintah Mahkamah, Syukur Konflik Dengan Aliff Aziz Berakhir – ‘Kami Capai Kata Sepakat Selesai Cara Baik’
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Nasihat Wanita Dedah Mesej ‘Nakal’ Dengan Amir Ahnaf Berhenti ‘Spill Tea’ – ‘Take Down Posting & Suruh Dia Minta Maaf’
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Parodi Video Ruhainies ‘Tak Pandai Nangis’, Letak Kapsyen ‘Hang Memang Fk’
Terbaru, Aliff tampil memberi kenyataan berhubung kesimpulan kesnya itu.
Untuk menjelaskan sebarang kekeliruan
Menurut Aliff, kes di Singapura itu sememangnya sudah selesai tetapi ianya selesai dengan mahkamah telah memutuskan ‘final court order’ terhadap pihak di sebelah sana.
Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.
Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar.
Tambah Aliff, dia yakin pihak di sebelah sana faham dengan perintah yang tertakluk di dalam ‘final court order’.
Dengan itu perintah mahkamah tersebut adalah muktamad dan ianya telah terlaksana serta merta. Saya yakin pihak sana tahu dan faham akan perintah yang tertakluk di dalam final court order.
Di akhir posting, Aliff berharap dengan penjelasan tersebut, tiada lagi kekeliruan yang timbul.
Saya harap tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan fakta kesimpulan kes ini.
Terdahulu, Sarah memberitahu dia telah mendapat perintah mahkamah melarang dirinya mengulas atau memuat naik kandungan menyentuh mengenai pelantun lagu Sayang-Sayang itu.
Sumber: Aliff Aziz