Sejak berhijab, pelakon Nora Danish akui seronok apabila tidak perlu lagi melakukan babak bersentuhan dengan aktor lelaki.
Artikel Berkaitan: Nedim Nazri Tuju Lagu ‘Dipaksa Berpisah’ Buat Nora Danish, Doakan Kebahagiaan Bekas Isteri – ‘Kalau Dengan Saya, Alhamdulillah’
Artikel Berkaitan: Nora Danish Tak Kisah Tawaran Lakonan Berkurang Selepas Berhijab, Letak Soal Rezeki Pada Allah
‘Rasa diri mahal’
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia bersyukur naskhah yang ditawarkan juga bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.
Saya bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik, dari segi tawaran kerja pun memang sesuai dengan imej saya yang sudah berhijab.
Watak yang saya terima tiada bersentuhan, rasanya sangat seronok apabila buat babak yang tiada bersentuhan.
Kalau yang tahu sebelum ini, lakonan saya jika tiada sentuhan itu memang bukan ‘Nora Danish’ lah kan.
Tetapi sekarang, tak perlu sentuh, perasaan lain sangat. Rasa harga diri sangat mahal, dengan keluar sekarang sudah bertudung.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba with Abby Abadi dan pelancaran produk Berryfull Honey Lemon yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Abadikan kisah hijrah
Dalam pada itu, Nora mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakannya.
Katanya, dia ingin mengabadikan perjalanan penghijarahan dalam kamus hidupnya.
Saya berterima kasih kepada netizen dan peminat yang sentiasa mendoakan dari dahulu sehingga saya berubah (berhijab) sekarang.
Saya bukan tiba-tiba bertudung, sebelum itu saya melalui fasa-fasa yang terusik dalam hati, dengan usia yang semakin meningkat dan menyertai kelas-kelas agama.
Kemudian ditimpa ujian bekas suami saya sakit, saya rasa sudah tiba masanya dan terbuka hati untuk berhijab.
Saya mahu simpan segala kenangan sepanjang proses hijrah dalam hidup, tidak akan dilupakan. Amat berharga untuk diri sendiri.