Foto: Harian Metro
Pembedahan melibatkan seorang warga emas yang juga penghidap penyakit jantung iaitu Jamaluddin Mahmud, 74, terpaksa ditangguhkan akibat maasalah kewangan.
‘Semoga ada sinar untuk saya’
Foto: Harian Metro
Memetik laporan Harian Metro, Jamaluddin yang sepatutnya menjalani pembedahan akibat masalah ‘tripple vessel disease’ pada Ogos lalu yang membabitkan kos RM30,000 terpaksa ditunda pada Disember hadapan.
Menurut warga emas ini lagi, dia hanya mengetahui menghidap masalah jantung apabila dimaklumkan oleh doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di bilik air ketika mengambil wuduk kira-kira enam bulan lalu.
Pembedahan adalah ikhtiar terakhir saya. Semoga ada sinar untuk saya. Saya sudah tujuh kali dimasukkan ke hospital (PPUM) dan terbaharu hujung bulan lalu.
Apabila dimaklumkan perlu menjalani pembedahan segera menyebabkan saya buntu kerana tiada wang sekali gus pembedahan ditunda hingga dapat menyediakan kos diperlukan.
Difahamkan, selepas kematian isterinya, Jamaluddin kini tinggal berdua dengan anak sulungnya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bisu.
Kalau ada apa-apa kecemasan memang saya kena buat sendiri. Kalau sakit dan jatuh, saya tawakal saja.
Apa pun, dengan keadaan sekarang saya reda. Buat masa ini saya hanya makan ubat yang diberi. Nak buat sebarang kerja pun sudah tak boleh. Kadang kalau duduk terlalu lama pun, saya akan pitam.
Selain menerima sumbangan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) berjumlah RM400, Jamaluddin juga adalah penerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250. Jelasnya, kehidupannya kini hanya bergantung pada sumbangan tersebut.
Tambah Jamaluddin lagi, anak sulungnya itu juga penerima bantuan daripada JKM sebanyak RM300.
Alhamdulillah, bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban. Walaupun ada dua anak lagi, tapi mereka juga mempunyai keluarga dan komitmen lain. Saya juga faham keadaan mereka.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 114169466605 atas nama Jamaluddin Mahmud.
Sumber: Harian Metro