Pelakon dan penyanyi rap Will Smith pernah terkentut ketika menjayakan satu babak dalam drama filem Man In Black.
Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Tuntut Ganti Rugi Sebab Tak Tahan Air Liur & Bau Kentut Anjing Dalam Pesawat
Terpaksa kosongkan set penggambaran
Menerusi laporan Huffpost, pengarah filem tersebut iaitu Berry Sonnenfeld berkata, set penggambaran filem tersebut pernah dikosongkan selama tiga jam gara-gara Will Smith terkentut.
Menurut Sonnenfeld, Will terkentut ketika sedang melakonkan babak dalam sebuah kereta. Berikutan bau yang terlalu busuk, semua pelakon dan kru penggambaran terpaksa keluar dari kenderaan itu melalui bumbung. Kesemua memanjat bumbung kereta dek kerana pintu tidak boleh dibuka.
Saya dah Will sedang bersiap-siap untuk membuat penggambaran dalam kereta. Kereta itu dikunci sebab tak nak ia terbuka. Malang tidak berbau, tiba-tiba Will minta maaf dekat kami semua dan tahu bahawa bau kentut dia sudah memenuhi ruang kereta. Kami ambil tangga dan cepat-cepat panjat keluar dari kereta, busuk betul kentut dia.
Enggan duduk bersebelahan
Berbicara lebih lanjut, Sonnenfeld berkata, ramai pelakon enggan duduk bersebelahan Will kerana tidak mahu menjadi mangsa bau kentutnya. Sebagai pengarah, Sonnenfeld mengakui dia tidak pernah berhenti bekerjasama dengan pelakon itu.
Sejak dari itu, tiada siapa yang sanggup berada dalam ruang sempit dengan Will apatah lagi duduk di sebelahnya.
Sumber: Huffpost