Penyanyi Aina Abdul tidak menyangka video persembahannya di Minggu Aluan Pelajar, majlis orientasi mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menjadi tular di platform media sosial.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Belanja Duit Sendiri, Tiada Penaja Untuk Konsert ‘Imaji Tour’ – ‘Setiap Lokasi Cecah Enam Angka’
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Belanja Duit Sendiri, Tiada Penaja Untuk Konsert ‘Imaji Tour’ – ‘Setiap Lokasi Cecah Enam Angka’
UNIMAS ada Aina
Aina, 30, berkata, dia berbesar hati dapat membuat persembahan di universiti tersebut sekali gus berpeluang mempromosikan konsert Aina Abdul Imaji Tour yang bakal berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan pada 14 Disember ini.
Sejujurnya, saya tak sangka video persembahan saya tular. Saya berbesar hati dapat menghiburkan pelajar baharu yang mendaftar di UNIMAS.
Mereka memberikan sambutan yang sangat baik dan saya gembira dapat menghiburkan mahasiswa UNIMAS.
Video persembahan Aina pada minggu orientasi tersebut turut dikaitkan dengan situasi semasa yang hangat diperkatakan mengenai sekumpulan fasilitator yang membuat ‘prank’ pergaduhan menyambut ulang tahun kelahiran.
Mengulas mengenai isu terbabit, pelantun lagu Terus Hidup percaya setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.
Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi.
Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar baharu mendaftar, saya terkenangkan diri sendiri yang pernah menghadapi situasi sama.
Bagi saya, apa yang penting adalah pelajaran. Saya berharap pelajar baharu dapat belajar dengan bersungguh-sungguh selepas tamat minggu orientasi. Itu lebih utama.
Tak kisah apa sahaja cita-cita anda, sila utamakan pelajaran dan buat perkara yang dapat menggembirakan diri anda.
Terdahulu, video bertajuk ‘POV: Beza Orientasi di IPTA Sarawak dengan yang lain’ yang dikongsikan oleh Dr Ash Zafrel mendapat perhatian ramai dan tular di platform TikTok.
Tiada jeritan abang kakak fasi (fasilitator), sini artis datang buat surprise dik.
Ketika artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 35,000 tanda suka dan mendapat hampir 335,000 tontonan.