Di Instagram Story, pelakon Nur Fazura mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik kata-kata tentang keyakinan terhadap setiap perkara yang berlaku.
Artikel Berkaitan: Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Daripada Fattah – ‘Selamat Hari Lahir Mommy, Semoga Gembira & Bahagia’
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Permohonan Cerai, Fattah Amin Tak Ada Hubungi Saya’ – Pengurus Fazura
Yakin dengan perancangan Allah
Menerusi posting tersebut, Fazura percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ketika ini sudah ditetapkan oleh Allah dan pasti akan ada kebahagiaan yang lebih besar menantinya kelak.
Sentiasa yakin dengan perancangan Allah SWT. Sentiasa meletakkan sepenuh kebergantungan, harapan dan tawakal pada aturan Allah. Anda mungkin tidak melihatnya sekarang, tetapi ketahuilah bahawa Dia sedang membawa anda ke satu kebahagiaan yang lebih besar, insya-Allah.
Di samping itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut redha dengan segala perkara yang berlaku dalam hidup meskipun tidak seperti yang diinginkan.
Anda perlu menerima apa sahaja yang bukan ditakdirkan untukmu, sama seperti kau menerima apa yang ada.
Pagi ini, status rumah tangga Fattah dan Fazura akan menjadi tumpuan utama apabila prosiding tuntutan perceraian aktres ‘Pisau Cukur’ itu terhadap suaminya dijangka berlangsung pada pukul 9 nanti di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Fail cerai
Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.