Seorang wanita yang juga pengasuh ditahan polis selepas mengaku memberikan ubat steroid kepada anak asuhannya supaya kelihatan lebih gemuk.
Nak anak asuhan gemuk
View this post on Instagram
Penahanan itu dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan polis dan mengatakan bahawa anaknya diberikan streoid oleh suspek, dalam satu kejadian di Surabaya, Indonesia.
Ketika soal siasat, suspek memberitahu dia hanya memberikan streoid itu sekiranya mangsa yang bersuia dua tahun itu tidak mahu makan. Lebih mengejutkan perbuatan itu telah dilakukan suspek selama satu tahun iaitu bermula dari September 2023 hingga Ogos 2024.
Saya memberinya steroid jika dia tidak mahu makan terutamanya pada waktu makan tengah hari, hanya sekali dalam sehari.
Difahamkan, mangsa yang mengalami masalah kesihatan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Sumber: Suara.com