Selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah memberitahu dia menggunakan khidmat lima hingga enam orang pengawal peribadi setiap kali menghadiri acara besar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Nak Berpisah Buat Cara Nak Berpisah, Kesian Bella’ – Ifa Raziah Harap Aliff Aziz Jadi ‘Gentleman’ Selesai Semua Masalah
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Sambut Raya Pertama & Kedua Di Kuala Lumpur, Raya Ketiga Mungkin Terbang Ke London
Takut berlaku kejadian yang tidak diingini
Menurut Ifa menerusi temu bual bersama Malaysia Hari Ini, dia mengambil pengawal peribadi sejak tahun 2019 bagi tujuan memastikan keselamatannya terjamin dari pagi sehinggalah malam.
Bukan itu sahaja, Ifa yang juga Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors berkata, dia memerlukan pengawal peribadi ketika mengadakan acara yang besar seperti Star Vendors.
Kalau macam Star Vendors yang saya buat, itu acara yang besar dan berprestij ssebab ada ramai tetamu vvip dan artis. Perlu ada perlindungan yang ketat sebab takut apa-apa berlaku dekat event saya. Pengawal peribadi akan mengawal situasi pada masa itu selain pengawal keselamatan, pihak polis dan anggota beruniform yang lain.
Saya tak nak kejadian yang tidak diingin berlaku. Sebagai contoh, kena sentuh, diraba, kena tarik gelang emas, cincin, jam tangan dan lain-lain harta. Benda macam ini bukan nak berlagak tetapi nyawa orang lebih penting. Kita tak tahu yang hadir acara itu bawa senjata yang macam mana. Jadi pengawal peribadi akan memainkan peranan dan peka terhadap persekitaran.
Tambah Ifa, dia mengakui berasa takut untuk keluar dari rumah seorang diri.
Saya kalau pergi mana-mana mesti ada peneman. Takut keluar seorang. Sekurang-kuranya kena ada suami dan pemandu.
Kena tahan maki
View this post on Instagram
Berbicara lebih lanjut, Ifa turut mendedahkan beberapa kriteria yang perlu ada bagi setiap pengawal peribadinya.
Kalau nak kerja dengan saya, pertama kena tahan maki. Nombor dua kriteria ini mesti ada iaitu pernah ada latar belakang polis, askar dan badan beruniform lain. Kena ada lesen pegang senjata juga. Di samping itu, kena pandai seni mempertahankan diri tak kisah karate, silap atau yang lain.
Sumber: MHI