Pempengaruh dan model, Ameera Khan menegaskan bahawa dia mahu memilih seorang lelaki yang stabil dari segi kewangan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Kartini Dedah Ameera Khan Belum Ada Kekasih – ‘Ramai Lelaki Dia Kenal, Semua Panggil Sayang..Boyfriend London, Orang Arab’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen ‘Buka Mulut’ Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan – ‘Saya Perlu Jelaskan Demi Menghormatinya’
Pilihan Ameera
@affendyjailani Lelaki dan bakal suami idaman #ameerakhan adik Neelofa! #fyp #fyp??viral #bukakmulut #artismalaysia #malaysiatiktok #foryou #foryoupage
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan berkata, dia mahukan seorang suami yang dapat memberi nafkah kepadanya sama seperti ibu bapanya berikan atau lebih.
Saya mahukan seseorang yang boleh memberi nafkah kepada saya seperti mana ibu bapa dan diri saya sendiri menanggung saya.
Saya mahu seseorang lelaki yang dapat memberikan kepada saya benda yang sama atau lebih.
Bagaimanapun, Ameera menegaskan bahawa itu adalah pilihannya dan berpendapat setiap wanita mempunyai kehendak yang berlainan.
Setiap wanita itu berbeza. Kalau saya insyaAllah, bila jodoh itu sampai dia perlu tahu dia akan menanggung saya dan kalau saya okay, saya akan terima apa sahaja tahap kewangannya.
Kalau ada segelintir wanita yang mahukan yang lebih lagi, itu terpulang kepada mereka.
Semua orang membesar cara lain-lain. Tetapi saya bercakap tentang diri saya bukan tentang orang lain.
Tapi lelaki kena bersedia dari segi kewangan. Kalau awak tak boleh provide lagi, jangan bernikah.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sependapat dengan adik kepada selebriti, Neelofa itu dengan mengatakan bahawa jodoh yang dipilih mestilah sekufu.
Betul, mana boleh tiba-tiba kita ajak dia hidup susah padahal dia pun berusaha untuk hidup selesa.
Dia jujur dengan apa yang dia mahu, dia mahu yang sekufu. Tak semua orang nak susah dan senang bersama, jangan samakan pilihan kita dengan orang lain.
Ya, benda ini penting. Kalau lelaki dapat isteri yang meminta lebih dari kemampuan kesian juga. Kena cari yang sekufu.
Sumber: TikTok