Penyanyi, Kaka Azraff mencuri tumpuan apabila memuat naik satu hantaran mengenai satu petikan (quote) di Instagram Story.
Artikel Berkaitan: 6 Tahun Berkahwin, Kaka Azraff & Suami Bercerai Talak Satu?
Tuju pada siapa?
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff berkongsi ciri-ciri lelaki yang patut dikahwini oleh seorang wanita.
Menurut petikan kata-kata itu, setiap wanita perlulah berkahwin dengan seorang lelaki yang tahu akan tanggungjawab mereka apabila bergelar suami.
Kahwinilah seorang lelaki yang menjadi pemberi rezeki. Seorang yang menjadi pemberi rezeki dalam keluarga tidak bermakna dia perlu banyak duit tetapi cukup jika tahu tanggungjawab.
Bila dia tahu akan tanggungjawab, dia seolah akan memastikan gunung-ganang bergerak supaya dapat memenuhi keperluan isteri.
Lelaki yang bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tapi tak menghargai.
Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun, Kaka belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung perceraian tersebut.
Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
Sumber: Instagram Kaka Azraff