Seperti yang diketahui, pelawak dan usahawan iaitu Shuib ketika ini sedang berada di Makkah bersama ahli keluarganya bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Shuib Rakam Kembali Momen Di Jabal Rahmah Dengan Watie, Imbau Kenangan Bersama Arwah Siti Sarah – ‘Saksi Pertemuan Dua Cinta’
Shuib buat Ajak rasa terharu
View this post on Instagram
Terbaharu, pelawak iaitu Ajak Shiro mencuri perhatian apabila memuat naik video yang dikirim oleh Shuib menerusi Instagram (IG).
Menerusi video tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad menitipkan doa buat Ajak sambil duduk di hadapan Kaabah.
Masya-Allah Ajak, aku berada di depan Kaabah menunggu masuknya waktu Asar.
Aku doakan kau, isteri, anak-anak dan keluarga kau disayangi, diberkati dan dikurniakan rezeki melimpah ruah oleh Allah SWT.
Semoga Allah mengangkat segala kesempitan yang kau hadapi dan semoga Allah memperkenan doa ini, amin.
Di ruangan kapsyen, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak menitipkan ucapan terima kasih buat Shuib dan berharap segala doa yang dipanjatkan dikembalikan semula kepada sahabatnya itu.
Aku tak ada kata-kata nak cakap Shuib, kau seolah rasa apa yang aku tengah lalui.
Kalau kau rasa, maknanya kau bukan kawan aku tapi kau abang aku, Shuib.
Apa sahaja doa kau untuk aku, itu jugalah doa yang aku kembalikan untuk kau.
Terima kasih Shuib, ‘Ya Allah kau permudahkanlah urusan keluarga ini, amin Ya Rabbal Alamin’.
Fad luah rasa sama buat Shuib
View this post on Instagram
Sementara itu, ahli kumpulan Bocey iaitu Fad menyatakan dia begitu menyayangi Shuib sebagai seorang sahabat dan doa yang dikirim itu adalah hadiah yang paling bermakna buatnya.
Terima kasih untuk hadiah ini sahabat, aku sayang kau juga dunia dan akhirat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan tersentuh melihat persabahatan yang ditonjolkan pelawak-pelawak berkenaan.
Komen netizen
Sumber: Instagram Ajak Shiro, Fad Bocey