Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun ditemui maut dalam keadaan tergantung setelah dipercayai 4 hari tidak keluar dari bilik.
Artikel Berkaitan: Lima Lelaki Disyaki R*gol Pelajar Secara Bergilir-Gilir Dalam Asrama
Artikel Berkaitan: Tiga Pelajar UiTM Maut, Seorang Cedera Parah Dirempuh Wanita Didakwa Kurang Siuman
Bau bangkai
Memetik laporan DetikSulsel, insiden tersebut dipercayai berlaku di Makassar, Indonesia iaitu ketika kakak mangsa yang terhidu bau busuk yang disangka bangkai haiwan.
Kakak mangsa iaitu saksi kejadian pada awalnya ada terhidu bau yang sangat busuk. Lalu, si kakak pergi periksa bahagian dapur namun bau itu datang dari bilik tidur mangsa.
Berikutan dengan itu, kakak mangsa memaklumkan bahawa dia cuba memanggil mangsa dari luar bilik namun tidak dijawab.
Berkali-kali saya ketuk pintu namun tiada respon dan saya menganggap mangsa perlukan masa untuk bersendirian.
Tergantung belakang bilik
Menurut saksi, pintu bilik mangsa sukar dibuka kerana jasadnya yang tergantung di belakang pintu bilik.
Difahamkan, pihak polis mengambil beberapa barangan peribadi milik mangsa yang dikenali dengan nama singkatan CP untuk membantu siasatan bagi mengenalpasti punca kematian.
Mangsa sering menyendiri dan menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan sejak beberapa hari yang lalu.
Sumber: DetikSulsel