Pengurus kepada pelakon terkenal Fattah Amin iaitu Sakirin Acha tampil mendedahkan bahawa kereta Lamborghini ungu dalam video tular baru-baru ini bukanlah milik aktor itu seperti yang disangka ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Terima Hadiah Kereta Lamborghini, Netizen Tumpang Gembira -‘Dia Infak RM90k, Allah Bagi Lebih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Berkeras Mahu Jual Kopi Dengan Harga Murah Demi Peminat – ‘Semua Orang Dapat Beli, Untung Kecil Pun Tak Apa’
‘Fattah tidak menerima kereta Lamborghini’
Memetik laporan Harian Metro, Sakirin atau lebih mesra dengan panggilan Acha menjelaskan bahawa kereta mewah itu bukanlah hadiah daripada pengusaha kedai emas. Sebaliknya itu hanyalah prop yang digunakan bagi tujuan konten.
Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit.
Dalam kesempatan itu, Acha turut memohon maaf kepada orang ramai sekiranya terdapat salah faham yang timbul akibat video tersebut selain berharap penjelasannya ini dapat meredakan kekeliruan ramai.
Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan Fattah menerima kunci kereta daripada seorang lelaki sebelum memandu kenderaan mewah jenis Lamborghini berwarna ungu.
Sumber: Harian Metro