Pelakon Diana Danielle tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi bagi proses memfailkan perceraian terhadap suami, aktor Farid Kamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Perjelas Kemelut Rumah Tangga Hanya Perselisihan Faham – ‘Tsunami Pun Dua Kali, Inikan Ombak Cinta Perkahwinan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pengarah Sifatkan Farid Kamil Profesional Meski Berdepan Isu Perceraian – ‘Dia Tak Pernah Nak Minta Tangguh Shooting’
Harapan Diana
Mengenakan baju serba hitam, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, dia berserah dengan takdir dan meminta orang ramai mendoakannya.
Mahu kata saya nekad atau tidak? Saya berserah sahaja dengan apa yang akan berlaku. Doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Kalau proses (cerai) panjang, itu bukan keperluan pun. Selebihnya kita lihat penghujungnya. Selagi boleh senyum, saya senyum.
Diana yang hadir bersama peguam dan dua pengawal peribadi kelihatan tenang berjalan menuju ke kamar pendaftaran.
Sementara itu, peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, anak guamnya bertindak menfailkan cerai kerana sudah tiada kesefahaman.
Diana memfailkan perceraian sebab sudah tiada persefahaman antara dia dan Farid. Hari ini failkan dan kemudian akan dapat tarikh sebutan.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Tegas pelakon filem Imaginur itu, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
@ohbulanofficial Replying to @Write.Your.Name Doakan baik-baik untuk DD ? #ohbulan #fyp #news #dianadanielle #cerai #mahkamah